[GAMBAR] Budak Terkena Tembakkan 'Saya Sangka Bunyi Mercun' [SAKSIKAN...]
IPOH - Seorang budak lelaki yang cedera terkena tembakan di leher dekat Kampung Belanja Kiri, Parit di sini pada Sabtu lalu menyangka bunyi yang terlepas daripada pistol seorang anggota polis adalah letupan mercun.
Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, berkata, ketika kejadian pukul 4.30 petang itu, dia sedang bermain bersama beberapa rakan di atas jalan tar mini kira-kira 40 meter dari lokasi sarjan itu sedang mengosongkan peluru.
MOHD. Amar yang cedera terkena tembakan di leher dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak untuk menerima rawatan.
"Kami nampak percikan api dan bunyi letupan kuat. Selepas itu, saya berasa hidung saya panas dan berdarah.
"Pada mulanya, saya sangka ia bunyi mercun," cerita mangsa ketika ditemui oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) di sini semalam.- Kosmo.

Tiada ulasan