[GAMBAR] Pekerja Buruh Parah Tertimbus Tanah [SAKSIKAN...]

MARAN - Seorang pekerja buruh dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh selepas parah akibat tertimbus tanah dalam satu kejadian di jalan utama Maran-Kuantan dekat Kampung Luit, di sini, semalam.
Lelaki warga tempatan dalam lingkungan umur 30an itu dipercayai tertimbus tanah ketika melakukan kerja pemasangan kabel telekomunikasi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sekerja lain.
Tanah di bahagian lubang pemasangan kabel itu dikatakan runtuh secara tiba-tiba menyebabkan mangsa parah apabila tertimbus keseluruhan badan.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dikejarkan ke HoSHAS.
Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Maran, Abdul Mubi Abdul Majid, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.25 petang dan bergegas ke lokasi dengan enam anggota termasuk seorang pegawai.
Katanya, ketika tiba di lokasi lima minit kemudian, mangsa telah dikeluarkan dari timbusan tanah oleh rakan sekerja namun masih tidak sedarkan diri. - SH.

Tiada ulasan