• Semasa

    GEMPAR!!! 18 Maut Dalam Banjir Di Timur India [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    GEMPAR!!! 18 Maut Dalam Banjir Di Timur India [SAKSIKAN...]

    NEW DELHI - Kejadian banjir yang berlaku di timur India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang. Lokasi yang sama pada bulan ini pernah dilanda taufan terburuk dalam tempoh masa lebih sedekad.

    Menurut sumber rasmi, hujan lebat telah menyebabkan air melimpah daripada tebing-tebing sungai di negeri-negeri pantai timur seperti Orissa dan Andhra Pradesh

    dan beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk berlindung di pusat penyelamat selepas dua minggu taufan membadai kawasan pantai itu.

    "Terbaharu, kami dapati secara keseluruhan sejumlah 18 orang telah mati di kedua-dua negeri tersebut," kata jurucakap dari Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan,Tripti Parule.

    Media tempatan pula melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 30 orang telah mati dalam bencana banjir itu yang turut mengganggu perkhidmatan kereta api kedua-dua buah negeri.

    Sebanyak 30 pasukan penyelamat yang sebelum ini terlibat dalam operasi bantuan secara besar-besaran di seluruh negeri untuk membina semula rumah-rumah dan memulihkan perkhidmatan akibat taufan Phailin, diminta berkhidmat semula dalam zon banjir untuk memberikan bantuan.

    "Pihak berkuasa telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ini selepas taufan Phailin.

    "Sementara itu, penyediaan makanan kering, paket air, ubat-ubatan dan kesemuanya itu telah dibawah tanggungjawab negeri masing-masing," kata Parule yang juga berharap keadaan banjir itu akan reda dalam tempoh masa 48 jam.

    Bencana taufan yang melanda kawasan pantai timur India awal bulan ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan meninggalkan kesan kemusnahan yang teruk. - AFP

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]