• Semasa

    GEMPAR!!! Ahli Perniagaan Putus Telinga Sewaktu Keluar Pusat Hiburan [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    GEMPAR!!! Ahli Perniagaan Putus Telinga Sewaktu Keluar Pusat Hiburan [SAKSIKAN...]

    TELUPID - Seorang ahli perniagaan putus cuping telinga kiri selepas ditetak menggunakan pedang samurai oleh dua suspek lelaki ketika keluar daripada sebuah pusat hiburan di Kampung Gambaron dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian pukul 1.08 pagi itu, mangsa, Risin Kindol, 46, turut mengalami kecederaan di pipi dan dada kirinya selain kenderaan jenis Toyota Ninja kepunyaan isterinya dilarikan suspek.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Shariff Abd. Wahid berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang baharu keluar da ripada pusat hiburan tersebut bertengkar dengan isterinya yang datang ke lokasi kejadian bagi mengambil mangsa.

    “Secara tiba-tiba dua suspek lelaki bersenjatakan pedang samurai yang menaiki kenderaan jenis Toyota Rush terus menghampiri mangsa sebelum menetaknya.

    “Isteri mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut sempat melarikan diri bagi mengelakkan ditetak oleh dua suspek terbabit,” katanya di sini hari ini. - Kosmo.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]