GEMPAR!!! Dua Mayat Dibunuh Di Lebuhraya PLUS [SAKSIKAN...]

KULAIJAYA: Dua mayat lelaki ditemui di dalam sebuah kereta dengan kesan pukulan di badan selain hidung berdarah kira-kira 500 meter dari Tol Senai arah utara menghala ke Johor Bahru di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, polis menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah yang diparkir di lorong kecemasan dan tidak bergerak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, kereta terbabit ditemui pekerja Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada jam 5.30 pagi dengan enjin masih berhidup selain alat penghawa dingin terbuka.
"Sebaik menerima panggilan kecemasan kami bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui dua mayat lelaki yang mana seorang berada di tempat duduk penumpang depan dan seorang berada di tempat duduk penumpang belakang.
"Mayat mangsa pertama adalah P Visvanathan berusia 48 tahun dan berasal dari Taman Sri Penaga, Seremban manakala seorang lagi mangsa adalah MK Kalaiselvan berusia 38 tahun dan berasal dari Jalan Prima 3, Metro Prima, Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Hasnan, siasatan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan lumpur di badan setiap mangsa selain beberapa kesan luka dan lebam dipercayai dipukul menggunakan objek keras.
"Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi terbabit. Kejadian pembunuhan itu juga dipercayai dilakukan lapan jam sebelum penemuan mayat.
"Mayat Visvanathan ditemui dengan berpakaian baju kemeja berbelang kelabu dan hijau serta berseluar denim biru manakala mayat Kalaiselvan ditemui dengan tidak memakai baju dan memakai seluar slack," katanya.
Hasnan berkata, siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa turut diseksa sebelum dibunuh. Pemeriksaan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu sedang dijalankan.
"Kami juga percaya kereta itu datang dari arah Seremban namun pemeriksaan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan serta merta bagi menyiasat kes ini.
"Kereta berkenaan juga sudah diperiksa dan didaftar atas nama seorang wanita juga berasal dari Negeri Sembilan," katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan kes itu terutama bagi mengenal pasti suspek.
"Siasatan sudah dijalankan dan kami percaya dapat menahan suspek dalam tempoh terdekat," katanya. - Metro.

Tiada ulasan