• Semasa

    GEMPAR!!! Lelaki Warga China Dibunuh, Teman Wanita Parah Ditikam [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    GEMPAR!!! Lelaki Warga China Dibunuh, Teman Wanita Parah Ditikam [SAKSIKAN...]

    KUANTAN - Seorang lelaki warga China dibunuh manakala seorang wanita tempatan, dipercayai teman wanita mangsa, parah ditikam di sebuah rumah di Taman Mawar Indah dekat Triang awal hari ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi sebelum jiran mangsa memaklumkan polis pada 7.30 pagi.

    Menurut Zakaria, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui kedua-dua mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat beberapa kesan tikaman di badan.

    Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan identiti mangsa memandangkan siasatan menyeluruh masih dijalankan.

    "Lelaki berusia 30an itu disahkan mati di tempat kejadian manakala teman wanitanya, 30an, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

    "Polis turut menemui dua kanak-kanak lelaki, dipercayai anak wanita terbabit, yang berusia tiga dan enam tahun dalam rumah berkenaan," ujarnya.

    Kata Zakaria, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Tambah Zakaria lagi, polis kini memburu suspek lelaki berusia 30an, seorang warga Singapura yang juga suami wanita terbabit.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu dan suaminya dalam proses perceraian.

    "Kami tidak menolak berkemungkinan kejadian ini bermotifkan cemburu. Pihak polis juga mendapat kerjasama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa Singapura dalam usaha memberkas suspek,” katanya.

    Mohd Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]