GEMPAR!!! Terserempak Ular Sawa Batik Dalam Tandas [SAKSIKAN...]

NAKA - Anggota Jabatan Pertahanan Awan (Jpam) Padang Terap berjaya menangkap sekor ular sawa batik selepas cuba memasuki tandas penduduk di Kampung Pong Selatan, di sini, semalam.
Menurut anggota Jpam, Abdul Satar Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.20 petang memaklumkan bahawa seorang suri rumah, Azura Saad, ternampak seekor ular sawa memasuki tandas di luar rumahnya.
Katanya, suri rumah itu terkejut apabila melihat ular berkenaan menyusur ke belakang kolam dalam tandasnya itu.
"Oleh kerana bimbang keselamatannya, suri rumah ini meminta suaminya, Mohd Ariff Abu Hassan untuk menghubungi Jpam," katanya.
Abdul Satar berkata, apabila pihak Jpam tiba, ular itu masih berada di belakang kolam berkenaan.
"Kami menangkap dengan menggunakan penjerut. Pada mulanya ular itu cuba melawan beberapa kali tetapi selepas sukar melepaskan diri pihak Jpam berjaya menjerut kepala ular," katanya.
Abdul Satar berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa 20 minit menangkap ular itu dan menggunakan kekuatan enam anggota bagi menarik keluar ular berkenaan dari kolam terbabit.
“Mungkin ular sepanjang 2.5 meter ini cuba mengejar tikus di lubang yang terdapat di sekitar bilik air itu lalu memasuki tandas penduduk apatah lagi sekarang musim hujan reptilia itu terpaksa keluar mencari mangsa,” katanya.- SH.

Tiada ulasan