• Semasa

    Kemalangan Maut, Dua Maut Bertembung Kereta [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kemalangan Maut, Dua Maut Bertembung Kereta [SAKSIKAN...]

    LUNAS - Dua lelaki berusia 23 tahun maut apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Batu Sembilan, Kampung Permatang Durian kira-kira jam 2.15 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa dikatakan datang dari arah Padang Serai dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Taman Lobak dan Taman Sawi manakala pemandu kereta dari arah Lunas menuju ke Padang Serai.

    Menurutnya, tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai laju, terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

    "Motosikal mangsa diseret kira-kira 20 meter sebelum kereta terlibat terbabas ke kanan jalan.

    “Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya.

    Ghuzlan berkata, daripada siasatan awal dijalankan mendapati kedua-dua kenderaan dipandu laju dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai tidak memakai topi keledar.

    "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan maut,” katanya.

    Menurutnya, sepanjang bulan Oktober 2013, empat kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana kesemua mangsa terlibat merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.

    Katanya, punca utama mangsa maut adalah kerana tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan laju.

    Ghuzlan meminta semua penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang dengan memakai topi keledar kerana ia dapat mengurangkan kadar kecederaan di bahagian kepala sekiranya terlibat dalam kemalangan.- SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]