Suami Belasah Isteri Di Hospital Seberang Jaya Bila Isteri Minta Sperma Uji Kemandulan! [SAKSIKAN...]

GEOGRETOWN: Seorang lelaki mengamuk dan bertindak membelasah isterinya selepas diminta menyerahkan sperma untuk ujian kemandulan ketika mereka bertemu di kawasan letak kereta Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang juga seorang anggota tentera 'naik hantu' dan membelasah isterinya hingga mangsa cedera di hidung, mata kiri dan juga seluruh badan.
Menurut sumber, pasangan terbabit dalam proses bercerai dan wanita berusia 35 tahun itu mendakwa suaminya mandul sebelum meminta lelaki berusia 42 tahun terbabit menjalani ujian kemandulan.
"Mereka kemudian berjanji untuk bertemu sebelum mereka berjumpa di kawasan parkir hospital terbabit.
"Bagaimanapun, ketika kedua-duanya bertemu berlaku perselisihan faham sebelum lelaki terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan bertindak membelasah isterinya," katanya.
Menurutnya, mangsa tidak berpuas hati kerana mendakwa suaminya itu mandul dan meminta dia menjalani ujian dengan menyerahkan sperma untuk diperiksa kepada hospital.
"Difahamkan, wanita terbabit meminta suaminya menjalani ujian itu dan jika didapati mandul ia dapat dijadikan alasan dan menguatkan lagi proses perceraian mereka," katanya. - Metro

Tiada ulasan