TERKINI: Dua Lagi Jemaah Malaysia Meninggal Dunia [SAKSIKAN...]

Makkah: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung di sini, semalam dan kelmarin menjadikan jumlah setakat ini seramai lapan orang.
Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH) Anis Zuhani Ahmad berkata, Mustaffa Sulaiman, 67, adalah jemaah ketujuh yang meninggal dunia pada jam 4.50 petang waktu tempatan kelmarin ketika berada di dalam bilik penginapan di Maktab 94, Hotel Al Olayan, di sini.
Mustaffa berasal dari Kampung Teluk Gelam, Jitra, Kedah, ke Tanah Suci menerusi penerbangan KT13 untuk menunaikan ibadat haji bersama isterinya, Gayah Abu Hassan dan jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Syara’ek.
Sementara itu, Salbiah Osman, 69, meninggal dunia jam 12.52 pagi waktu tempatan, semalam di Pusat Rawatan Aziziah akibat strok dan serangan jantung.
Salbiah berasal dari Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang menginap di Maktab 100, Rehab Janadiriyah dan selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di tanah perkuburan Syara’ek. Sebelum ini, enam jemaah warga emas dari Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung termasuk seorang akibat jangkitan kuman di Madinah dan Makkah. - Metro.

Tiada ulasan