BONGKAR!!! Joemar Simpan Duit Rompakan AmBank [SAKSIKAN...]

Kuala Lumpur: Senjata jenis pump gun digunakan dalam kejadian samun dan menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu berjaya ditemui dalam longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, semalam.
Senjata berkenaan ditemui sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas memulakan pencarian di kawasan berkenaan jam 9 pagi sejurus suspek utama kes itu yang ditahan di Kota Tinggi, Johor, kelmarin memaklumkan lokasi senjata itu dibuang selepas kejadian berkenaan.
Operasi pencarian selama dua jam itu berhasil apabila polis menemui senjata berkenaan bersama tiga peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang sudah digunakan dalam senjata api itu yang tertimbus dengan pasir dalam longkang berhadapan sebuah bengkel alat ganti kereta, kira-kira jam 11 pagi.
Penemuan itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
RAKAN suspek dikenali sebagai Joemar.
Menurutnya, pihaknya juga sudah mengenal pasti nama sebenar suspek utama iaitu Laode Ardina Laode Rasila berasal dari Sulawesi, Indonesia, tetapi menggunakan kad pengenalan palsu dengan pendaftaran nama Ardi Hamza.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku membeli kad pengenalan palsu itu daripada seorang lelaki warga Indonesia di Malaysia dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu itu tidak boleh diakses oleh peranti biometrik.
“Selain itu, polis sedang memburu rakan jenayah suspek dikenali sebagai Joemar, juga warganegara Indonesia yang disyaki menyimpan wang hasil rompakan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam.
Khalid berkata, Joemar bukan pengawal keselamatan dan diburu bagi mengesan semula wang rompakan itu.
“Ketika suspek ditahan di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, kelmarin, polis tidak menemui wang rompakan itu bersamanya, sebaliknya hanya menemui wang hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek yang ditahan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, seramai 12 individu termasuk suspek utama ditahan berhubung kes berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Harian Metro semalam melaporkan suspek kes bunuh pegawai AmBank yang ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, kelmarin dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong darat atau laut bagi membawanya melarikan diri untuk pulang ke negara asalnya. - Metro.

Tiada ulasan