GEMPAR!!! Dua Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Teres Dua Tingkat Di Ipoh
GEMPAR!!! Dua Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Teres Dua Tingkat Di Ipoh.
IPOH - Seorang ibu dan anak lelakinya maut apabila rumah teres dua tingkat yang didiami lebih 10 tahun di Jalan Devadason, Taman Ipoh di sini terbakar pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 1 Perak, Ruhisha Haris berkata, ketika ditemui mayat kedua-dua mangsa yang identiti mereka belum dikenal pasti telah 100 peratus melecur akibat terbakar namun tidak rentung.
"Mangsa pertama iaitu anak lelaki ditemui di bahagian tangga tingkat atas manakala mangsa kedua (ibu) ditemui di tepi bilik air di dalam kamar tidur utama," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Beliau berkata, sejurus tiba pihaknya mendapati rumah berkenaan telah 90 peratus terbakar selain api di dalam rumah itu sudah berada pada tahap tiga, iaitu telah reda namun kebakaran masih berlaku.
Pihaknya juga mendapati bahagian dapur yang mempunyai sebuah bilik di rumah itu tidak terbakar dan kebakaran paling teruk didapati berlaku di bahagian tangga tingkat bawah kediaman terbabit, katanya. -Metro.

Tiada ulasan