GEMPAR LAGI!!! Lelaki Cedera Di Rusuk Kanan Ditembak [SAKSIKAN...]

IPOH - Seorang lelaki cedera pada rusuk kanan selepas ditembak di sebuah restoran bersebelahan bangunan Yik Foong di Jalan Laksamana di sini awal hari ini.
Lelaki berumur 38 tahun itu kini stabil dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara lelaki itu dengan lima rakannya yang ketika itu sedang minum di restoran berkenaan pada pukul 3.30 pagi.
"Dua daripada rakannya kemudian beredar dari restoran itu dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Honda CRV warna hitam. Lebih kurang 20 minit kemudian dua lelaki yang sama datang semula (ke restoran) dan pertengkaran berlaku di antara mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.
"Kesemua mereka yang terlibat bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya sambil memberitahu bahawa polis menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm BR-CS & B di restoran berkenaan.
Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang berasal dari Kampar di sini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan empat lelaki berumur antara 35 hingga 45 tahun yang kesemuanya berasal dari Perak, bagi membantu siasatan.
Seorang daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, katanya. - Bernama

Tiada ulasan