SADIS!!! Pekerja Maut Terjatuh Dari Bumbung Sekolah [SAKSIKAN...]

Ipoh: Seorang pekerja kontrak maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah sekolah di Kampung Kuala Pari, di sini ketika sedang membaiki bumbung sekolah berkenaan petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohamad Ibrahim Mohd Noor, 51, yang menetap di Simpang Pulai di sini, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari bumbung sekolah berkenaan ekoran bumbung yang licin akibat hujan.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan maklumkan tiada unsur jenayah berlaku dalam kes berkenaan.
"Mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan bumbung sekolah berkenaan, kerana hujan lebat serta keadaan bumbung licin.
"Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut serta mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, rakan mangsa Nizam Baharudin berkata, ketika kejadian mereka berada di atas bumbung untuk kerja pembaikan, namun secara tiba-tiba hujan lebat turun menyebabkan mereka terpaksa turun.
"Kami berempat termasuk arwah menjalankan kerja pembaikan bumbung sekolah, sebelum kira-kira jam 3.30 petang hujan turun dengan lebat hingga memaksa kami turun.
"Malangnya arwah tergelincir akibat licin ketika hendak turun dan terjatuh serta meninggal dunia dilokasi kejadian," katanya. - Metro.

Tiada ulasan