• Semasa

    GEMPAR !!! Lebih 3,000 peluru kosong raifal ditemui





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    JOHOR BAHRU - Polis Daerah Seri Alam menemui 3,900 butir peluru kosong di sebuah kedai menjual barangan lusuh di Ulu Tiram Selasa lalu.
    Dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia antara 15 dan 39 tahun turut ditahan di premis itu dalam Ops Cantas.
    "Kita akan menyiasat dari mana mereka memperoleh peluru itu dan tujuan penggunaannya," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada sidang media di sini hari ini.
    Peluru jenis SME 5.56 milimeter itu adalah untuk kegunaan raifal dan di negara ini, ia biasa digunakan untuk senjata M16.
    Beliau berkata, walaupun peluru itu adalah peluru kosong, tetapi jika diubah dengan diisikan dengan bebola besi, ia boleh mendatangkan kecederaan atau kematian. - Bernama

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]