Gambar Shila Amzah dengan Buah hati baru Bekas Calon Angkasawan
Shila, 24, dilaporkan telah memuat
naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan
wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen
kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.
Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.
Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.
Sumber memberitahu, kedua-dua mereka
berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa
perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke
tanah air dari China.
Usaha mStar Online untuk
mendapatkan komen Shila mengenai khabar terbaharu itu bagaimanapun
tidak berjaya kerana dia kini berada di Shanghai, China, untuk urusan
berkaitan seninya.
Shila
sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz
Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As'ari.
Manakala Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronautyang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu.
Adam pula mengelak untuk memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu berkenaan.- sumber
Tiada ulasan