• Semasa

    Subaru Impreza Terbakar Di Tepi Jalan Shah Alam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sebuah kereta jenis Subaru Impreza dilaporkan terbakar di Seksyen 15, Shah Alam jam 11.30 pagi tadi.

    Anggota bomba yang dipanggil bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

    Insiden yang berlaku tidak jauh dari Bulatan Pesiaran Kayangan itu bagaimanapun membuatkan kereta terbabit kelihatan hampir musnah keseluruhannya.

    Berdasarkan saksi, api mula dikesan dari bahagian enjin kereta sebelum merebak menjadi marak.

    Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar sampai kereta boleh terbakar begitu sekali namun takziah kami ucapkan kepada pemilik kereta terbabit.


    sumber: mynewshub.my

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]