HILANG AKAL !!! Bayi ditikam kerana gigit ibu ketika menyusu
Jiangsu – Gara-gara
menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan
telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan
gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi
malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka
menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar
semula.
Kejadian
itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao
Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri
kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa
mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit
mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis
kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang
disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus
daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.
Tiada ulasan