• Semasa

    KANTOI !!! Pencuri dawai elektrik diberkas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KANTOI !!! Pencuri dawai elektrik diberkas

    GUA MUSANG - Intipan kecurian dawai elektrik di empat rumah Program Bantuan Rumah (PBR) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, berhasil apabila seorang lelaki berjaya diberkas penduduk kampung itu, petang kelmarin.

    Penduduk kampung terbabit bengang kerana sudah sebulan mengesan kegiatan itu berikutan dua rumah PBR untuk generasi kedua RKT Kesedar diceroboh masuk pencuri dipercayai dilakukan suspek berusia lingkungan 40-an itu hingga habis pendawaian elektrik yang siap dipasang dikebas.

    Kegiatan lelaki itu dikesan mulai jam 4 petang lagi sebelum penduduk menyerbu ke perumahan berkenaan kira-kira jam 7.45 petang dan terserempak dengan lelaki terbabit berjalan ke sebuah rumah PBR yang masih lengkap dengan pendawaian elektrik.

    Ketika ditahan, lelaki terbabit yang dipercayai ketagihan pil kuda dari RKT Kesedar Sungai Asap A tidak jauh dari situ membawa bersama pelbagai peralatan untuk mencuri dawai elektrik dalam rumah PBR berkenaan, manakala motosikal yang ditungganginya diletakkan jauh dari situ.

    Seorang pemilik rumah PBR itu, Mat Ropi Rahman, 36, berkata, sebelum diberkas, penduduk nampak lelaki terbabit membawa tangga dan menceroboh sebuah rumah untuk mencuri dawai elektrik sebagaimana yang dilakukan ke atas dua rumah PBR berhampiran di situ sebelum ini.

    Menurutnya, sebaik selesai berbuka puasa, penduduk bersepakat menyerbu ke rumah PBR itu dan menahan lelaki terbabit kerana berada dalam keadaan mencurigakan serta mempunyai bukti kegiatannya mencuri dawai elektrik dengan membawa bersama pelbagai peralatan.

    “Memang dawai elektrik rumah saya sudah habis dicuri dan saya rasa bengang dengan perbuatan lelaki itu kerana pemilik rumah terbabit baharu menerima kunci, tetapi tidak boleh menduduki disebabkan menunggu bekalan elektrik,” katanya.

    Katanya, jika gagal ditahan mungkin empat rumah PBR di situ akan menjadi sasaran kecurian dawai elektrik dan kali ini kejadian rumah ketiga selepas pendawaian elektrik di dua rumah habis dikebas.

    Seorang lagi pemilik rumah PBR itu, Roslan Husin, 43, berkata, lelaki terbabit  melakukan kerja terkutuk mencuri dawai elektrik ketika waktu berbuka puasa dan menganggap terlepas daripada kepungan penduduk yang mengintipnya sejak sebulan lalu.

    “Saya sendiri cepat-cepat menjamah juadah berbuka puasa sebelum bergegas ke rumah PBR itu kerana telah menyangka lelaki terbabit datang semula ke rumah berkenaan untuk mencuri dawai elektrik hingga berjaya memberkasnya,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]