• Semasa

    KEMALANGAN NGERI !!! Lelaki maut kereta dipandu hancur





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Beginilah keadaan Perodua Viva dipandu mangsa. Beginilah keadaan Perodua Viva dipandu mangsa.


    KEMALANGAN NGERI !!! Lelaki maut kereta dipandu hancur


    MARANG - Seorang lelaki maut manakala Perodua Viva yang dipandunya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan Jabatan Kastam di Kilometer 46.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di sini, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa Zulkepli Mohd Nor, 50, bertembung dengan Proton Waja dinaiki empat anggota kastam itu.

    “Mangsa yang datang dari arah Dungun menuju ke Kuala Terengganu itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya tetapi gagal lalu merempuh kereta dipandu anggota kastam terbabit yang datang dari arah bertentangan.

    “Pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu dan tiga penumpang kenderaan Jabatan Kastam jenis Proton Waja dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

    Menurutnya, pemandu Proton Waja, Baharim Ibrahim, 43, mengalami kecederaan patah kaki kiri dan kanan serta rusuk kanan manakala salah seorang daripada penumpang kereta itu iaitu Nurul Zairina Ahmad, 25, patah kaki dan tangan kanan.

    “Dua lagi penumpang menaiki kenderaan sama iaitu Mohd Shamsuri Othman, 46, mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri serta Noorah Mohamed, 48, pula mengalami kecederaan retak pada tempurung kepala dan patah gigi,” katanya.

    Dalam pada itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba Marang yang menerima panggilan kira-kira jam 2.39 petang berjaya mengeluarkan pemandu Perodua Viva yang tersepit itu manakala empat lagi mangsa menaiki Proton Waja dikeluarkan orang awam.

    Kesemua mangsa terbabit dibawa ke Unit Kecemasan di HSNZ, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

    Mayat mangsa juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]