• Semasa

    Lelaki Britain hilang selepas bertengkar





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    • Warga Britain, Jonathan Kemp, 27,  (kiri) menghilangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya Alyson Jackson, 24, di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, semalam. - Foto BernamaWarga Britain, Jonathan Kemp, 27, (kiri) menghilangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya Alyson Jackson, 24, di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, semalam. - Foto Bernama
    •  
    • KUALA LUMPUR - Kegembiraan seorang isteri untuk berbulan madu di rantau ini nampaknya tergencat apabila suaminya, Jonathan Kemp, 27, menghilangkan diri selepas berlaku pertengkaran sesama mereka di sini, semalam.

      Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernamaberkata, pasangan warga Britain itu tiba di negara ini Khamis lepas. 
          
      Semalam (Sabtu) pasangan itu dikatakan bertengkar di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada kira-kira 12.30 tengah malam.  
          
      "Mereka (suami isteri) baru seminggu berkahwin dan sepatutnya esok mereka pergi ke Bali, Indonesia, namun sampai sekarang, lelaki itu tidak dapat dihubungi atau dikesan.
          
      "Isterinya, Alyson Jackson, 24, cuba menghubunginya melalui telefon namun tidak berjaya.
          
      "Menurut wanita itu, suaminya memakai seluar berwarna hitam dan baju berwarna putih, berbelang ungu ketika meninggalkan hotel itu," katanya.
         
      Zainuddin berkata, sehubungan itu satu pasukan khas telah ditubuh untukmenjalankan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.
          
      Sementara itu, Alyson ketika dihubungi berkata beliau percaya suaminya masihberada di negara ini kerana pasportnya berada di tangan Alyson.    
      "Esok, kami sepatutnya ke Bali. Saya cuba hubungi selfonnya. Hantar SMS danFacebook, tetapi tidak dijawab," katanya. - Bernama
       

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]