• Semasa

    Apa punca serangan gajah liar??





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Apa punca serangan gajah liar?? KLUANG - Kejadian serangan gajah liar di kawasan ladang Felda serta kawasan kediaman sejak akhir-akhir ini bukan perkara luar biasa, ia telah berlaku sejak beberapa tahun lalu secara bermusim mengikut pusingan perjalanan haiwan tersebut.

    Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, ladang kelapa sawit milik pengurusan pihaknya paling banyak terjejas akibat serangan haiwan berkenaan kerana kedudukannya bersempadan dengan hutan simpan.

    Menurutnya, pada asalnya terdapat hutan penampan di sini, apabila penerokaan berlaku tanpa kawalan di pinggir ladang Felda milik mereka, memudahkan kemasukan gajah ke kawasan tanaman sawit.

    “Pinggir hutan telah diwarta sebagai kawasan makanan hidupan liar, namun kini telah digondolkan pihak tidak bertanggungjawab.

    “Pemasangan pagar elektrik dan parit gajah oleh Jabatan Perhilitan untuk menghalang haiwan ini ke kawasan ladang Felda juga tidak memberi banyak kesan,” katanya.

    Zainal Abidin berkata, tinjauan pihaknya sepanjang pagar elektrik dan parit gajah mendapati kumpulan haiwan itu dapat mengatasi halangan disediakan dengan menggunakan pelbagai cara.

    “Ada ketika kita menjumpai pokok yang sengaja ditumbangkan ke atas pagar elektrik dan parit gajah bagi memudahkannya melaluinya. Perkara telah banyak kali jadi, bukan rekaan.

    “Jadi, pengurusan Felda mengambil pendekatan memasang lampu pelita di dalam kawasan ladang khususnya berhampiran pagar elektrik bagi mengelak serangan gajah terus berlaku.

    “Apabila lampu pelita dipasang secara tidak langsung dapat menghalau gajah daripada masuk ke kawasan ladang kerana kawasan diterangi cahaya lampu,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Kampung Seri Lukut, Hasbullah Mohamad berkata, kedudukan kampung bersebelahan Hutan Simpan Lenggor dan Hutan Simpan Madek menyebabkan perkampungan itu menjadi sasaran serangan haiwan ini.

    Katanya, serangan gajah di kampung itu berlaku antara dua hingga tiga bulan sekali, dan setiap kali pekebun kecil akan mengalami kerugian ribuan ringgit.

    “Jika penebangan pokok yang tidak terkawal terus berlaku pasti akan menjadikan sumber makanan kumpulan gajah ini semakin berkurangan,” katanya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]