• Semasa

    TERKINI! Dua Sahabat Lemas di Sungai Triang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    TERKINI! Dua Sahabat Lemas di Sungai TriangKUANTAN - Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya masih hilang dipercayai terjatuh di Sungai Kuala Triang antara Kampung Bukit Gemuruh dan Kampung Kuala Triang, dekat Bera, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan, Zul Haizal Zainal Abidin berkata mayat Mahyudin Mat Said, 32, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 9.30 pagi tadi berhampiran kawasan mangsa dilaporkan hilang, 2.30 petang semalam.

    Sementara, rakannya Al Fadhilah Mat Besah, 29, masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bera, katanya kepada Bernama hari ini.

    Menurut Zul Haizal, operasi SAR turut dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung sebaik laporan dibuat.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]