15 Perkataan Islam Bakal Diharamkan Di Kedah | ALOR SETAR, (MLP) – Negeri Kedah bakal mengharamkan penggunaan 15 perkataan dalam Islam untuk penduduk bukan Islam.
Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang merupakan Exco Agama berkata perkara ini diputuskan pada persidangan Dun yang lalu selepas pindaan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Pindaan) 2014 telah dibuat.
Pindaan ini dikatakan dirangka untuk menjaga kesucian agama Islam di negeri tersebut.
Antara perkataan yang diharamkan adalah
Assalamualaikum
Insyaallah
Allahu Akbar
Subhanallah
Alhamdulilah
Lailahaillallah
Masyaallah
Astagfirullahalazim
Auzubillahi
Walillahilhamd
Watallahi
Tabarakaallah
Wallahi
Wabillahi
Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
Tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang dibuktikan tidak mematuhi peraturan baru ini dan boleh dihukuman penjara untuk tiga hingga empat tahun.
Tiada ulasan