• Semasa

    NGERI! 3 Maut Dan 26 Parah Lombong Arang Batu Meletup Di Sarawak (GAMBAR)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Arang Batu Meletup


    3 Maut Dan 26 Parah Lombong Arang Batu Meletup Di Sarawak (GAMBAR)SRI AMAN: Tiga maut manakala 26 lagi cedera parah apabila sebuah lombong arang batu Silantek di daerah ini telah meletup semasa kerja-kerja perlombongan sedang dijalankan pada pukul 11 pagi tadi.

     Menurut pihak Bomba dan Penyeamat Sri Aman. mereak yang menerima panggilana pada puluk 11..32 pagi tadi telah bergegas ketempat kejadian dengan kekuatan sebuah jentera bersama enam orang anggota.

    "Seramai 3 orang mangsa telah meninggal dunia di mana masing-masing warga asing daripada Myanmar, Indonesia dan Korea selatan."


    "Pihak bomba terpaksa mengambil masa seama sejam lebih untuk sempai ke lokasi tersebut kerana berada jauh di pedalaman yang melibatkan jarak 60 kilometer dari balai." katanya lagi.

    Kejadian tersebut berlaku 150 meter di dalam terowong dan semua magsa telah berjaya di bawa keluar.









    KUCHING: Tiga maut manakala 26 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah lombong arang batu di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini.

    Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad berkata tiga yang maut dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu dikenal pasti sebagai warganegara Indonesia, Korea Utara dan Myanmar.

    "Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan identiti mangsa-mangsa yang mati ini masih belum diperolehi sepenuhnya," katanya semasa dihubungiBernamahari ini.

    Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api daripada kipas angin yang rosak yang menyebabkan kebakaran gas dan letupan di dalam sebuah terowong sedalam 69 meter di lombong itu.

    "Semasa kejadian, 29 pekerja yang berada di dalam terowong itu telah bergegas keluar untuk menyelamatkan diri di samping membantu rakan sekerja mereka yang mengalami kecederaan serius," katanya.

    Mat Jusoh berkata mayat ketiga-tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat, sementara 16 daripada mereka yang tercedera turut dirawat di hospital sama.

    Mangsa lain yang cedera telah dirujuk ke Klinik Desa Pantu dan Hospital Daerah Serian, kira-kira 60km dari sini, katanya.

    Menurutnya lombong arang batu berkenaan, yang terletak tiga kilometer dari jalan utama Sri Aman-Kuching, telah beroperasi sejak lapan tahun lepas.

    "Kini terdapat 119 orang pekerja warga China, Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Korea Utara yang bekerja di lombong berkenaan," katanya. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]