• Semasa

    KEJAM! Bapa Paksa Anak 11 Tahun Telan 104 Kapsul Dadah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    paksa-anak-11-tahun-telan-104-kapsul-dadah

    KEJAM! Bapa Paksa Anak 11 Tahun Telan 104 Kapsul DadahCOLOMBIA, (MLP) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas doktor berjaya mengeluarkan 104 biji kapsul kokain dari perutnya.

    Polis Columbia menyifatkan perbuatan terkutuk itu dilakukan sendiri bapanya yang berniat untuk menyeludup dadah ke Eropah.

    Pihak berkuasa kini giat memburu lelaki terbabit yang kali terakhir dilihat menerusi kamera pengawasan, mendukung anak perempuannya sambil mengejar ke bilik rawatan kecemasan.

    Suspek terus meninggalkan kawasan hospital beberapa minit kemudian. Kesemua kapsul tersebut mengandungi satu paun narkotik secara keseluruhan.

    Hasil siasatan terhadap rumah suspek, polis telah menjumpai tiket penerbangan ke Madrid di atas nama kanak-kanak itu.

    “Sepanjang 30 tahun, saya melihat pelbagai cara penyeludupkan dadah namun ini merupakan taktik paling kotor yang pernah saya saksikan,” ujar Komander Polis Cali.

    Kanak-kanak malang berkenaan kini ditempatkan di bawah pengawasan Institut Kebajikan Kanak-Kanak Columbia.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]