• Semasa

    Sebat 7 Ah Long Ugut Ganggu Mangsa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ah Long

    Sebat 7 Ah Long Ugut Ganggu MangsaSINGAPURA – Tujuh peminjam wang haram atau ah long yang dihadapkan ke sebuah mahkamah daerah di sini hari ini bakal disebat maksimum enam kali jika sabit kesalahan melakukan gangguan terhadap mangsa, lapor stesen tempatan Channel NewsAsia.

    Menurut jurucakap polis republik itu, semua suspek lelaki berusia antara 16 sehingga 45 tahun berjaya ditahan di beberapa lokasi berbeza dalam satu operasi besar-besaran lewat malam semalam susulan laporan mangsa menerima ancaman berbaur ugutan jenayah.


    Tiga suspek diberkas pukul 2.40 pagi Isnin dalam satu sekatan jalan raya di Clementi Road ketika mereka menaiki sebuah teksi dan lengkap peralatan peras ugut mangsa seterusnya membawa kepada penahanan dua lagi di perumahan mewah Boon Lay Drive.

    Manakala baki dua suspek terakhir dicekup hasil maklumat awal kerana disyaki giat melatih sindiket pinjaman wang haram tempatan dan kesemua lelaki terbabit pernah melakukan keganasan ke atas mangsa di Tampines, Bedok, Toa Payoh serta Jurong West.

    Ah Long

    Siasatan awal polis hasil rakaman kamera litar tertutup pihak berkuasa mendapati tiga suspek menyembur cat dan menulis grafiti di beberapa dinding blok-blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB di Clementi, Hougang, Bedok dan Tampines.

    Di bawah Akta Pinjaman Wang 2010 (Pindaan), pemberi pinjam wang kali pertama melakukan gangguan ke atas mangsa jika sabit kesalahan boleh didenda S$5,000 (RM12,914) sehingga S$50,000 (RM129,144) dan mandatori sebatan maksimum enam kali. – Agensi




    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]