• Semasa

    Setelah Lihat Kaabah, Ratusan Pekerja Cina Peluk Islam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Setelah Lihat Kaabah, Ratusan Pekerja Cina Peluk IslamMRM memetik kembali ulangan kisah keislaman akan keajaiban Baitil Atiq rumah Allah Kaabah di Makkah yang ajaib membuatkan  sesiapa yang melihat binaan yang dibuat asalnya oleh Jibril untuk menjadi tempat ibadat mula mula dijadikan Allah untuk manusia dengan kisah keislaman warga China di Arab Saudi lapor Arab News pada tahun 2010. MRM / #AnaGhoib
    Ia dituduh oleh media barat sebagai propa namun terbukti kebenarannya juga ulangan kembali artikel oleh Islampos Indonesia yang diterjemah oleh blog Detik Islam Malaysia – Gambar Arab News
    MAKKAH: Chinese laborers working on the Haramain Rail project have spoken of their joy after embracing Islam.
    There are 4,600 Chinese nationals working on the scheme, which when completed will link the holy cities of Makkah and Madinah via Jeddah and Rabigh. Among them, 370 are already born Muslims.
    Last year, over 600 of them embraced Islam, causing controversy with a section of the international media slamming it as a public relations stunt.
    At the time, there were calls from sections of Saudi society to replace the non-Muslim workers, who represent the majority Han community in China, with minority Muslims.
    Hamza, 42, said he embraced Islam after he saw the Holy Kaaba for the first time on Saudi television. Sumber asal ArabNews
    Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.
    Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.
    Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.
    Mereka adalah sebahagian daripada 4600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.
    Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.
    Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.
    Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. “Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf), “katanya.
    “Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam, “katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.
    Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka’bah. “Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, “tambahnya.
    Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. “Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan disebalik perubahan tersebut, “ujarnya.
    “Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan. “
    Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. “Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi, “ujarnya

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]