• Semasa

    Lagi Pesawat AirAsia Terpaksa Berpatah Balik Di Thailand





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Lagi Pesawat AirAsia Terpaksa Berpatah Balik Di ThailandSebuah pesawat AirAsia dalam penerbangan menuju Timur Laut Thailand terpaksa berpatah balik ke Bangkok beberapa ketika selepas berlepas kerana juruterbang mengesan sesuatu di luar kebiasaan di bahagian simpanan barang.
    Berita itu diketahui kira-kira serentak dengan penemuan serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak Ahad lepas di perairan Kalimantan sebentar tadi.
    ThailandAirAsia
    Penerbangan itu dengan nombor kod FD3254 kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang tidak lama selepas berlepas kira-kira pukul 12.10 tengahari.
    Pesawat itu dibenarkan kembali berlepas selepas jurutera penerbangan memastikan tiada masalah yang berlaku.
    Ahad lepas juga sebuah pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Langkawi turut terpaksa berpatah balik kerana ‘masalah teknikal’. – MYNEWSHUB.CC

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]