• Semasa

    PADAH !! Raungan Ke Tali Gantung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    PADAH !! Raungan Ke Tali Gantung | Georgetown: Seorang wanita dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar syabu seberat 1.67 kilogram oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, semalam.

    Sejurus hukuman itu dijatuhkan, tertuduh, Yunita, 33, berasal dari Jakarta, Indonesia, yang bekerja sebagai pemandu pelancong, meraung sambil menghentak kaki ke lantai mahkamah hingga memaksa dua anggota polis menenangkannya.

    Selepas beberapa minit, dia akhirnya menerima hakikat sebelum anggota polis membawanya keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi dua ahli keluarganya.

    Di luar mahkamah tertuduh yang memakai blaus bercorak bunga itu masih lagi menangis dan dia kemudian menutup wajahnya dengan sehelai tudung putih.

    Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]