• Semasa

    SAYU !! 5 Gambar Terlalu Kasih, Lelaki Ini Peluk Mayat Isteri Selama Dua Jam..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! 5 Gambar Terlalu Kasih, Lelaki Ini Peluk Mayat Isteri Selama Dua JamBetapa besar kasih sayang seorang suami, hingga sanggup memeluk isterinya selama dua jam biarpun sudah tidak bernyawa lagi.
    Kejadian menyayat hati berlaku pada Rabu lalu, apabila si isteri tiba-tiba diserang sakit jantung sewaktu dalam perjalanan membeli ubat di sebuah farmasi di daerah Hunnan, China.
    Polis segera menghubungi suaminya yang dikenali sebagai He, 63, menerusi maklumat pada kad perubatan yang ditemui di poket pakaian.
    He bergegas ke tempat kejadian, namun segala-galanya sudah terlambat kerana isterinya sudah meninggal dunia.
    Dek kerana terlalu sedih, dia terus memeluk tubuh kaku wanita itu dan enggan melepaskannya biarpun dipujuk orang ramai yang bimbang dengan kesihatannya berikutan suhu terlalu sejuk pada ketika itu.
    “Tak mengapa. Saya akan menemaninya dan anak saya sedang dalam perjalanan ke sini,”katanya.
    He akhirnya meleraikan pelukan selepas anak lelakinya tiba dua jam kemudian, sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian dengan sedih.
    Ramai netizen melahirkan rasa simpati mereka sebaik sahaja gambar pasangan suami-isteri itu tersebar di internet.
    “Hidup ini terlalu pendek. Semoga kamu berdua bertemu semula pada kehidupan lain kelak,” tulis seorang netizen.
    Benarlah kata orang, setiap kali anda meninggalkan orang yang disayangi walaupun hanya untuk seketika, ucapkanlah kata-kata indah buatnya kerana ia mungkin yang terakhir. – MYNEWSHUB.CC

    man

    man

    man
    man

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]