• Semasa

    SAYU !! Pengguna Laman Sosial Akhirnya Dedah Penyakit Misteri Tunku Abdul Jalil?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pengguna Laman Sosial Akhirnya Dedah Penyakit Misteri Tunku Abdul Jalil? | Johor Bahru: Keprihatinan dan ketulusan hati Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim melawat serta memberi buah tangan kepada seorang penghidap barah warga emas di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru ternyata membuktikan tiada jurang antara rakyat dan kerabat diraja.

    Satu gambar dimuat naik di laman sosial rasmi Facebook dan Twitter milik putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 4 Jun lalu itu turut tersebar secara meluas selain mendapat lebih 5,000 ‘like’.

    Berdasarkan gambar dimuat naik, Tunku Abdul Jalil yang hanya mengenakan pakaian hitam dan berseluar pendek berbual bersama penghidap barah tahap tiga, Habibah Din.
    .

    Gambar itu turut disertakan dengan keterangan


    ‘Nak melawat kawan sakit di hospital. Tiba-tiba makcik ni panggil nama saya, bila tanya nak makan apa, dia kata buah-buahan. Saya janji malam ini saya hantar’.

    Difahamkan, Tunku Abdul Jalil dimasukkan ke Wad Diraja HSA sejak 29 Mei lalu bagi mendapatkan rawatan berikutan mengalami kecederaan urat pada lengan kanan.
    Menurut sumber, Tunku Abdul Jalil bercadang hanya untuk bersiar-siar di sekitar kawasan wad HSA bagi melihat keadaan persekitaran wad selain membantu pesakit.

    YAM Tunku Abdul Jalil Berangkat Ke Guangzhou Jalani Rawatan

    Tunku Abdul Jalil turut mengenakan baju berpenutup kepala (hoodie) bagi mengelak dikenali orang ramai.

    Bagaimanapun, Habibah masih mengenali rupa paras dan melambai bagi memanggil Tunku Abdul Jalil untuk ke katilnya, namun Tunku Abdul Jalil menyangka pesakit berusia 67 tahun itu tersilap memanggil orang atau ahli keluarga.

    Kakitangan hospital dan jururawat yang menyedari kehadiran Tunku Abdul Jalil kemudian berbisik kepada Habibah yang itu adalah anak Sultan Johor, namun dia berkata mengenalinya dan pernah melihat Tunku Abdul Jalil dalam beberapa majlis di Muar.
    TJ bersama bondanya
    “Ya, saya kenal dia (Tunku Abdul Jalil). Saya pernah melihat dia dalam beberapa majlis di Muar. Dia seorang yang baik. Dia putih, tinggi dan segak, di mana pun saya tetap kenal,” katanya.

    Tunku Abdul Jalil seterusnya bertanya Habibah adakah dia sudah makan, namun menyatakan tidak berselera dan hanya mahukan buah.

    Beberapa jam kemudian, Tunku Abdul Jalil kembali ke katil Habibah dan memberi sebakul buah-buahan kepada warga emas berkenaan.
     =======================================================================
    Dan ramai rakyat mula tertanya-tanya apakah sebenarnya sakit TJ?
    Bersama nenda tersayang

    kredit foto facebook

    Bagaimana pun sewaktu akak jalan-jalan cari bahan dalam internet ni akak terjumpa kat satu forum ..orang ramai yang duk bersembang-sembang tentang penyakit misteri TJ ni...dan adakah penemuan ini merungkai misteri sebenar penyakit TJ mulai terjawab?

    berikut adalah pint screen yang akak muatnaik tentang pendedahan seseorang pengguna laman sosial tentang penyakit TJ.


    Tak tahu la betul atau tidak namun apa yang diharapkan semoga TJ sembuh seperi sediakala. via dramadunia.my

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]