• Semasa

    NGERI !! Pelajar Tingkatan 4 Maut, Seorang Parah Dilanggar Lari





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    NGERI !! Pelajar Tingkatan 4 Maut, Seorang Parah Dilanggar LariKUANTAN – Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di KM 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, Selasa.
    Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.
    Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.
    maut 2
    Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
    Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
    Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama. – mStar Online

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]