• Semasa

    Pelajar Perempuan Ditemui Mati Dalam Tandas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gambar Hiasan
    Pelajar Perempuan Ditemui Mati Dalam TandasKENINGAU – Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau di sini, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan berkenaan, pagi tadi.

    Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

    Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    “Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya, lapor Berita Harian.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]