• Semasa

    PENGANTIN BERSANDING DALAM BAS





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    HASRAT Mohd Helmi (kiri) tercapai apabila dapat bersanding dalam bas Rapid Penang bersama pasangannya, Ainurul Fazeanna. FOTO Bernama

    PENGANTIN BERSANDING DALAM BASGeorgetown: Sepasang pengantin baru memilih cara unik untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka apabila bersanding dalam bas Rapid Penang.

    Dalam majlis bersejarah itu pasangan berkenaan, Mohd Helmi Mohd Nasir, 27, dan Ainurul Fazeanna Abdul Rahman, 20, diarak sejauh 10 kilometer menggunakan kenderaan itu dari Depoh Bas syarikat pengangkutan awam itu di Sungai Nibong bermula 2 petang tadi ke kediaman mereka di Bayan Baru.

    Mohd Helmi yang juga pembantu sumber manusia bas syarikat bas itu berkata, dia memilih untuk bersanding di dalam bas kerana mahu merasakan kelainan.

    "Memang menjadi impian dan harapan saya untuk mengabadikan detik manis selepas bergelar suami dengan bersanding di dalam bas.

    "Isteri dan keluarga kami juga bersetuju dan kelihatan amat teruja dengan majlis persandingan unik ini," katanya. - myMetro

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]