• Semasa

    Seorang Pekerja Maut Kemalangan Di Tapak MRT Bukit Semantan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    mrt
    Seorang Pekerja Maut Kemalangan Di Tapak MRT Bukit Semantan | KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga Bangladesh maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalam satu kemalangan di tapak pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) di Portal Semantan, Bukit Semantan di sini hari ini.
    Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Amir Mahmood Razak berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, tiga pekerja Bangladesh sedang memasang kerangka besi tetulang apabila ikatan antara besi tersebut dan kerangka terputus.
    Seorang daripada mereka Rijaul Abdul Goni, 40, mati di tempat kejadian, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    “Besi-besi tersebut telah jatuh menimpa pekerja terbabit. Mangsa mati di tempat kejadian manakala rakannya Shanaullah, 37, tercedera dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Seorang lagi Rozul Karim, tidak mengalami sebarang kecederaan.
    “Jenazah Allahyarham Rijaul telah dihantar ke hospital (Kuala Lumpur) untuk dibedah siasat. Ini akan menjelaskan punca kematian beliau,” katanya
    Polis dan jabatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 3 petang dan siasatan telah dimulakan untuk menentukan punca kejadian, katanya.
    Menurut Amir, semua kerja di kawasan V4 Portal Semantan telah ditangguhkan sehingga siasatan selesai, lapor Bernama.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]