• Semasa

    Seorang Penjual Pil Sek$ Di Masjid Ketika Solat Jumaat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Seorang Penjual Pil Sek$ Di Masjid Ketika Solat Jumaat | Bangi: Seorang peniaga warga emas dikesan mengambil kesempatan menjaja pil perangsang sek$ kepada orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di masjid Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini.

    Lelaki berusia 60-an itu dikesan membuka gerai jualan di kawasan meletak kenderaan di masjid itu setiap hari Jumaat.

    Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Selangor Adnan Salimin berkata, pihaknya mendapat aduan berhubung kegiatan keterlaluan lelaki terbabit yang menjual pil rangsangan seks haram secara terbuka.

    Menurutnya, ada antara jemaah masjid itu membuat aduan kepada pihak CPF Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung tindakan ‘kurang manis’ lelaki terbabit yang menjual pil perangsang seks haram di pekarangan masjid.

    “Susulan itu sepasukan lima pegawai CPF melakukan intipan sebelum mendapati lelaki terbabit mula berniaga seawal jam 11 pagi semalam. -  myMetro online

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]