• Semasa

    10 GAMBAR KEMALANGAN NGERI DUA SAHABAT MAUT DIGILIS LORI SIMEN





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    11041662_799947306721154_347666527848994341_n
    10 GAMBAR KEMALANGAN NGERI DUA SAHABAT MAUT DIGILIS LORI SIMEN | Kemalangan ngeri digilis lori simen yang menimpa dua sahabat yang berlaku di jalan Bahau Negeri Sembilan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dan lori.dua sahabat itu maut di tempat pabila digilis lori simendalam kejadian kira kira pukul 3.45 petang semalam.

    Mangsa Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali, kedua-duanya berusia 25 tahun dari Batu Kikir, sedang dalam perjalanan ke Juasseh menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

    Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hamzah Alias berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kanan jalan raya dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang secara tiba-tiba memperlahankan kelajuan.

    “Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu.

    “Akibat kejadian itu kedua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Hamzah berkata sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

    Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.dipetik dari mynewshub.cc
    FW383770_NS16_050315_KEMALANGAN_MAUT-lpr (1)
    11021167_799947526721132_4159419269683919589_n
    11009349_799947356721149_8876122613214580357_n
    10999724_799947553387796_2009005574256258409_n
    10639635_799947543387797_2437427066796720591_n
    10632766_799947183387833_8344533653525261623_n
    1654465_799947236721161_9140718841716322073_n
    1610888_799947430054475_1954070491137435433_n
    sumber gambar: facebook DAilyTRaffic

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]