• Semasa

    Biawak Berebut Mayat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Biawak rebut mayat
    Biawak Berebut Mayat | Kuala Kurau – “Ketika saya merapatkan sampan pada jeti pelantar, saya pelik melihat gelagat sekumpulan biawak bergaduh berebut satu objek besar pada pokok nipah dan rasa ingin tahu itu membuatkan saya menghampiri dan memerhati lebih dekat objek dimakan kumpulan biawak terbabit,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai In, 20-an, kelmarin.
    Dia antara saksi terawal menjumpai mayat manusia di pelantar ikan nelayan Kampung Raja Bashah, di sini, jam 7 malam, kelmarin.
    In yang baru pulang menangkap ikan menambat sampannya di jeti lalu memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat gelagat biawak itu.
    “Sejurus dihampiri, biawak terbabit melarikan diri ke alor kecil yang terdapat di situ.
    “Sejurus diperhati lebih terperinci, saya terkejut mendapati objek itu mayat manusia dan segera berlari memaklumkan penemuan kepada penduduk kampung, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]