• Semasa

    DURIAN RUNTUH !! Jumpa Ketulan Emas 2.7 Kg





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    emas
    Brown memegang ketulan emas yang ditemui.

    DURIAN RUNTUH !! Jumpa Ketulan Emas 2.7 Kg | SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

    Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

    "Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak," katanya.

    Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). - dpa

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]