Isteri Dilarikan 5 Lelaki | Kuala Lumpur – Bayar kami RM20,000 jika mahu isteri kamu dibebaskan.” Itu antara ugutan lima lelaki yang melarikan seorang wanita bersama sebuah kereta Honda Civic suaminya di depan sebuah bank di Kepong, di sini.
Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Cheah, 33, berkata, dia bersama isteri pada mulanya singgah di sebuah bank untuk mengeluarkan wang kira-kira jam 5 pagi Isnin lalu.
Menurutnya, dia kemudian meninggalkan isterinya di dalam kereta dan terus masuk ke dalam bank untuk mengeluarkan wang.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi cermin kereta dipecahkan sebelum melihat sebuah kereta dinaiki lima lelaki ingin menyamun kereta saya.
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat berbuat apa-apa apabila mereka terus membawa lari kereta bersama isteri saya,” katanya, lapor Harian Metro.


Tiada ulasan