Luahan Hati Scha Alyahya Selepas Kemalangan Teruk Awal Ashaari..
Luahan Hati Scha Alyahya Selepas Kemalangan Teruk Awal Ashaari | Isteri kepada pengacara dan pelakon terkenal Awal Ashaari, Scha Alyahya menyatakan suami tersayangnya itu mengalami sedikit trauma apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya hujung minggu yang lalu.
Ibu kepada Lara Alana itu bersyukur apabila pemeriksaan sinar-X yang dilakukan di Hospital Melaka terhadap Awal tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.
“Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam. Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja,” katanya.
Tiada ulasan