• Semasa

    MENGEJUTKAN !! Lebih 100 Ulat Berenga Hidup Dalam Hidung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ulat
    MENGEJUTKAN !! Lebih 100 Ulat Berenga Hidup Dalam Hidung | SAO PAULO, Brazil – Pemeriksaan rapi ke atas seorang lelaki berusia 65 tahun di sebuah hospital di sini menemui lebih 100 ekor ulat berenga di dalam saluran pernafasan pesakit berkenaan.
    Penemuan ganjil itu dibuat tidak lama selepas dia menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan.
    Seorang doktor dari Hospital Clinics di sini terkejut melihat ulat-ulat itu ketika menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas lelaki tersebut.
    Lelaki itu datang ke hospital berkenaan selepas seminggu hidungnya berdarah tanpa henti. Dia turut mengadu rasa kebas di sebelah kiri saluran pernafasan, susah bernafas dan hidung berbau busuk.
    “Lelaki itu didapati menghidap penyakit myiasis salur pernafasan iaitu jangkitan kulit oleh ulat. Rawatannya melibatkan menyapu air garam dan membuang larva ulat pada setiap hari dengan alat endoskop,” jelas kenyataan yang dikeluarkan hospital tersebut.
    Jangkitan itu mula surut selepas empat hari dan warga emas itu dilaporkan telah pulih daripada pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan seumur hidupnya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]