• Semasa

    NGERI !! Punca Tangan Remaja 18 Tahun Ini Hancur





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ngeri11
    NGERI !! Punca Tangan Remaja 18 Tahun Ini Hancur | SUNGAI PETANI – Seorang remaja, Mohd. Faizullah Norazham, 18, hilang empat jari tangan kirinya setelah hancur digilis mesin air tebu.
    Kejadian kira-kira pukul 1 petang berlaku ketika mangsa sedang memerah tebu di gerai milik bapanya yang terletak di Taman Gurun Jaya, Gurun di sini.
    “Saya sedang leka berbual dengan seorang rakan, tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat, selepas itu baru tersedar tangan kiri sudah tersepit dalam mesin tebu.
    “Melihat keadaan itu, saya segera menutup suis mesin sebelum hampir pitam apabila melihat darah di sekeliling,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim.
    Mohd. Faizullah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun itu memberitahu, dalam keadaan menahan kesakitan, dia sempat menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang lalu-lalang di hadapan gerainya untuk membuka mesin berkenaan.
    “Dalam tempoh beberapa minit, tangan saya berjaya dikeluarkan namun, beberapa jari kiri sudah hampir hancur,” katanya lagi.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]