Pencuri Kena Potong Tangan Depan Orang Ramai | SYRIA- Kumpulan militan Islam hari ini telah mengeluarkan sebuah rakaman video yang mengerikan dimana ianya menunjukkan tangan seorang pencuri dipotong dengan mengunakan parang memotong daging di depan orang ramai.
Mata pemuda itu ditutup dengan sebuah kain dan diseret ke meja mencincang daging sebelum peristiwa kejam itu berlaku.
Tangan kanannya kemudian diregang kuat oleh beberapa anggota militan dan memotong tangannya itu dengan mengunakan sebuah parang yang berat.
Seorang pakar bedah dari IS Syria dilapor telah menjahit tangan mangsa tersebut.
Rakaman ini dikeluarkan sehari selepas IS mengeluarkan video pembunuhan seorang lelaki yang dipercayai sebagai Ahmed Muhammad.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki bertopeng hitam di Aleppo yang kemudian menembaknya di kepala beberapa kali dari jarak dekat kerana mendakwa mangsa adalah seorang perisik.


Tiada ulasan