Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Di KM141 PLUS
Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Di KM141 PLUS | PAGOH – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 141 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Difahamkan nahas berlaku ketika penunggang motosikal terbabit yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur gagal mengelak dan merempuh sebuah kereta Perodua Viva.
Rempuhan itu menyebabkan seorang penunggang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi patah kaki.
Sementara dua lagi penunggang motosikal yang turut berkonvoi dengan mangsa tidak cedera kerana dipercayai sempat mengelak, lapor Berita Harian.


Tiada ulasan