SAYU !! Luahan Ayah, Tiga Anaknya Maut di Padang Sekolah Merapoh
SAYU !! Luahan Ayah, Tiga Anaknya Maut di Padang Sekolah Merapoh | Kematian dua anak di padang sekolah sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh di sini beberapa tahun lalu membuatkan seorang bapa trauma dan bimbang dengan nasib yang bakal menimpa anak-anaknya yang lain.
Bimbang tragedi sama berulang, Borhan Yunus, 51, bertindak menghantar anak keempatnya bersekolah di SK Teluk Gunung, dekat sini meskipun lokasinya terletak lebih jauh berbanding SK Merapoh.
Namun, ajal maut di tangan tuhan apabila anak keempatnya daripada enam adik beradik itu turut meninggal dunia di SK Merapoh ketika bertandang ke sekolah itu semalam untuk menyertai acara sukan olahraga peringkat Zon Padang Tengku mewakili SK Teluk Gunung.
Difahamkan, anak sulung Borhan meninggal dunia pada 2006 disusuli anak keduanya dua tahun selepas itu di padang sekolah sama sebelum anak keempatnya yang meninggal dunia kira-kira dua meter daripada lokasi menimpa dua kakaknya sebelum ini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian pukul 2.26 petang itu, Ahmad Norhanizam, 12, pengsan ketika menyertai pertandingan olahraga di padang SK Merapoh.
“Berdasarkan laporan, mangsa yang sedang menunggu baton di atas garisan permulaan di balapan tiba-tiba jatuh pengsan dan dibawa ke Klinik Merapoh sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.20 petang,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Borhan berkata, dia bagaikan dapat merasakan sesuatu akan berlaku terhadap keluarganya tiga hari sebelum kejadian tersebut. - utusan


Tiada ulasan