Wanita Dibelasah Teruk di McDonalds, Orang Ramai Hanya Memerhati Dan Bersorak
Wanita Dibelasah Teruk di McDonalds, Orang Ramai Hanya Memerhati Dan Bersorak | UNITED KINGDOM – Sebuah video rakaman telefon bimbit menunjukkan murid perempuan dibelasah teruk di restoran McDonald’s di sekeliling orang ramai dimana mereka kelihatan hanya bersorak mengalakkan serangan tanpa bertindak menghentikan perbuatan tersebut.
Kejadian ini berlaku pada petang Isnin selepas sekolah, melibatkan sekumpulan wanita muda dan seorang budak perempuan di Brooklyn.
Gadis itu berulang kali ditumbuk dan ditendang oleh geng wanita ganas yang melakukan serangan yang tidak berhati perut ke atasnya.
Apa yang lagi dikesali adalah berpuluh-puluh remaja yang berada di situ pada ketika pergaduhan berlaku hanya berdiri di sekeliling bersorak galakkan keganasan itu bagi paparan video yang baik.
Pergaduhan itu sungguh teruk sehingga baju salah seorang gadis daripada kumpulan wanita itu ditarik keluar oleh pelajar yang dibelasah, namun dia masih meneruskan serangan terhadap gadis itu tanpa menghiraukan keadaannya di hadapan orang ramai yang hanya berpakaian coli sahaja.
Akhirnya seorang dewasa muncul dan cuba meleraikan pertelingkahan itu, tetapi gadis yang memakai coli itu tetap meneruskan perbuatan ganas dengan menendang mangsa di kepala sambil memanggilnya ‘jalang’.
Justeru menurut New York Daily News, pihak polis telah menonton rakaman ini dan berkata bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa selagi ada sesiapa tampil ke hadapan membuat aduan tentang peristiwa ini.
Dengan itu, polis negeri itu telah menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keganasan itu untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjut.
Tiada ulasan