Ini Luahan Hati Emma Maembong | Dua artis terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah bercinta satu ketika dahulu namun putus di tengah jalan. Kontroversi yang melanda mereka berdua tetap berlaku walaupun sudah lebih dua bulan putus cinta.
Ada segelintir pihak meneka kemungkinan gosip liar yang melanda Zizan Razak dirancang oleh bekas kekasihnya itu bagi menjatuhkan pelawak berkenaan.
“Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh. Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma,” katanya.
Tambahnya lagi, aktres cantik itu tidak pernah menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan tidak suka Emma sehingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila mendapati Emma turut berada di tempat itu seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan Emma.
“Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.
“Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang. Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.
“Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.
“Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang,” ujarnya.
Tiada ulasan