Pendedahan Berani Gadis Cina, 90% Kedai Handphone Cina Adalah Penipu..
Pendedahan Berani Gadis Cina, 90% Kedai Handphone Cina Adalah Penipu | Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.
Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.
“I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.
“I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu,” katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.
Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.
“I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu ‘AP’. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jangan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That’s why warranty kedai,” dedahnya.
Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.
Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
“I don’t give a f*ck if no one like me. At least I didn’t lie to myself and other people,” tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.
Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai ‘cable’ mereka sendiri.
Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan.
Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.
Tiada ulasan